aku rasa ni entri terakhir aku. lepas ni aku malas nak update dah n seterusnya nak delete terus blog ni. apa yang aku nak cerita bagi entri terakhir adalah berkaitan TENTANG DIA.. bukan cerita kat akasia TV3 tu ye. ni tentang seseorang yang aku sayang. detik perkenalan hingga sekarang..
kami kenal seawal 13 tahun.. maksudnya masa tu aku tingkatan 1. sekadar kawan biasa ja dengan fit. tapi aku tak nafikan aku ada simpan perasaan kat
fit juga.. tapi biasala zaman sekolah, pendam je perasaan tu. walaupun kami takda apa-apa hubungan, tapi ada orang yang suka usik-usik kami kononnya bercinta. padahal dua-dua belah pihak buat biasa ja.
kami bertambah rapat sejak dia ada kakak angkat. kami ni dok kat hostel, jadi kakak angkat
fit ni selalu sampaikan surat or hadiah kat
fit melalui aku. sejak dari ni kami bertambah rapat. hehe. aku jadi orang tengah antara diorang sampai la tingkatan 3 ja. sebabnya ting.4 n ting.5 kami dah tak sekelas. tapi cmna pun kami tetap rapat. selalu berhubung melalui mesej.
dalam aku berkawan rapat dengan
fit , sebenarnya ramai yang tak suka. aku pernah di pulau, kawan makan kawan.. semuanya sebab utama diorang rasa aku kapel dengan
fit . padahal kami hanya kekal sebagai kawan. ada kawan yang sanggup cerita buruk-buruk tentang aku hanya kerana nak menjatuhkan aku. zaman aku kat hostel memang kadang-kadang agak sedih. selalu teringat kat kampung, nak balik. huhu. tapi sekarang ni bila fikir balik semua tu sangat lawak. haha.
so, masa ting.4 aku kapel dengan orang lain. nama dia Nazir. sweet tak? nazir dan nazirah? haha. kami kapel lebih kurang dua tahun lebih. mungkin sebab kurang keserasian, aku putuskan hubungan tu. bagi aku, kenapa perlu menanggung beban kesakitan sedangkan hati seringkali tersiksa? haha! ayat novel tak? walaupun sekarang kami dah putus, tapi hubungan kami kekal sebagai kawan. tak guna bergaduh, bermasam muka. dunia kecik. lagipun dia tu kawan fit juga.
masa aku kapel dengan nazir, ada orang cerita yang fit sedih. tapi nak buat cmna, aku pun tak nak tambah musuh. fit mungkin tak berapa hensem, tapi dia baik, budak sport, pengawas sekolah, mestilah hot. ramai yang nak.
tak lama pastu, fit pun kapel dengan member aku juga. tapi hubungan diorang pun tak kekal lama. baru-baru ni aku ada sembang dengan kawan zaman sekolah. dia cakap ex fit pernah mengadu yang dia jelez dengan hubungan fit n aku. fit lebih banyak cerita tentang masalah kat aku berbanding dia. hmmm.. aku tak pasti semua tu. tapi apa yang aku dapat katakan, persahabatan aku dengan fit waktu tu memang terlalu rapat. aku selesa sembang masalah dengan dia dan dia juga macam tu. kepada ex fit, kalau terbaca entri ni, aku minta maaf. aku tak berniat nak pisahkan hampa. hubungan yang terjalin masa tu tak lebih dari seorang sahabat yang dah kenal lama.
lebih kurang setahun lepas aku putus dengan nazir, aku dapat tau nazir excident. dah tentu la aku sedih kan coz aku pernah bahagia dengan dia. aku sempat melawat dia sekali. pastu aku tak dapat nak g melawat dah coz sibuk dengan persediaan stpm yang dah nak dekat dah n takda transpot nak pergi hospital pulau pinang.
satu hari ni, aku nak jumpa fit sebab nak bg buah tangan untuk nazir bila diorang g melawat nazir nanti. tapi, masa on the way nak g jumpa fit motor aku rosak. so, aku terpaksa la telefon dia. minta tolong kat dia. dia la tolong hantarkan motor tu kat bengkel n pastu terus hantar aku balik umah. sejak dari tu hubungan kami bertambah rapat. lagipun fit n awek dia dah putus lebih kurang sebulan sebelum kejadian ni. waktu ni kami berdua memang dah single n kami tak kacau mana-mana hubungan yang ada.
dan akhirnya kami kapel. sekarang hubungan ni dah hampir dua tahun. semoga hubungan ni akan berakhir dengan sebuah jaminan ikatan untuk aku terus kekal bersamanya di dunia dan di akhirat kelak. doakan ye.
kepada ex fit : sori ya tentang dulu.. :)


No comments:
Post a Comment