CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 11, 2012

WANITA DAN BUNCIT

Salam .
Buncit ni macam dah jadi perkara biasa bagi semua orang sama ada lelaki atau perempuan . Tapi paling malu kalau perempuan yang buncit . Kalau dengan pakwe mesti kena cover-cover perut. Haha! Konon nak nampak slim la sikit.


Bagi wanita-wanita yang jaga penampilan badan tu, mesti runsing kalau dah buncit. Aku ni kalau berat badan bertambah, rasa ok je. tak la keding sangat. Tapi kalau buncit, OH NO! my tummy is everywhere .!! Jadi, aku pun nak share sikit tentang cara nak hilangkan buncit. Selalu kita asyik baca tentang senaman nak hilangkan buncit ja kan. Bosan! Sekarang mai aku nak share cara menghilangkan buncit melalui pemakanan.


CENDAWAN

Cendawan ni bagus untuk pembakaran lemak tau sebab dia menghasilkan vitamin D yang berfungsi untuk menyerap kalsium. Sapa yang kekurangan vitamin D ni biasanya akan ada banyak lemak yang terkumpul terutama di perut. Tapi, lepas baca artikel ni, jangan la fanatik sangat nak makan cendawan. Tengok-tengok juga cendawan tu, takut termakan cendawan beracun. n_n

PISANG

Sedap kalau dapat makan pisang. Patut la monyet suka makan. Rupanya pisang ni ada kadar kalium yang tinggi dan membantu membuang lebihan berat air yang berada dalam tubuh kita. kalau badan kita ni ada banyak sangat natrium, secara semula jadi air akan banyak tersimpan dalam tubuh badan. Jadi, dengan menggantikan kalium, ia akan memerah kelluar air tambahan. Selain pisang, kalium boleh didapati dalam betik, kentang dan limau.


TEH HIJAU

Teh hijau ni pulak ada sebatian yang mampu meningkatkan metabolisme seseorang bagi membakar lemak durjana tu. Kalau nak tau, minum teh ni dapat membakar 226 kalori setiap hari berbanding dengan orang yang tak minum teh hijau. Untuk hasil yang berkesan, minum la teh hijau 4-5 cawan setiap hari.

TELUR 

Telur pula ada kadar vitamin B12 yang tinggi. Jangan makan telur tiruan tu pulak. Telur tu tak ada zat yang baik pun. mengK.Okan kita ada la. Vitamin B12 ni bagus untuk penghancuran lemak. Ia juga ada protein yang sentiasa membuatkan perut kita kenyang. Bila dah kenyang, senang la nak diet ye tak?

MENTEGA KACANG

Mentega ni pula mengandungi niacinyang dapat menjaga saluran sistem pencernaan dengan baik. Tapi, mentega kacang ni pun ada banyak lemak. Untuk diet yang sihat, jangan ambil mentega kacang lebih daripada 2 sudu setiap hari.

KACANG ALMONDS

Kalau nak tahu juga, sapa yang makan kacang akan berasa kenyang lebih lama berbanding orang yang makan nasi. Oleh itu, dapat la kita kawal tahap pemakanan kita kan.. kan.. kan.. x_x

p/s : selamat berdiet semua

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...